Gambarajah Bulatan

Pola Mukus Kesuburan dan Ketidaksuburan

Evelyn L. Billings AM, MBBS, DCH (Lond.) and
John J. Billings AM, KCSG, MD, FRACP, FRCP (Lond.)
   

Updated Tuesday, 02-May-2006 11:49:44 CDT 
Ó Ovulation Method Research and Reference Centre of Australia

Contoh Asas Ketidaksuburan (BIP)

A: Perasaan kering di bahagian genitalia. Bilangan hari-hari sedemikian boleh berubah dalam setiap kitaran. Kemungkinan ada banyak hari dalam kitaran panjang, tetapi tidak banyak, jika ada, dalam kitaran pendek. (BIP).

Aa: Discag/lelehan yang berterusan serta tidak berubah. (BIP).

Fasa Subur

B: Tamatnya rasa kering bermaksud hasilan mukus telah bermula. Jika tiada perasaan kering selepas haid, ini bermakna hasilan mukus telah bermula. Satu perubahan daripada discaj yang berterusan serta tidak berubahj kepada "keadaan yang berbeza" mungkin menandakan kesuburan.

C: Penghasilan mukus (tiada bilangan hari yang tetap). Mukus memanjangkan hayat sel-sel sperma. Pensenyawaan boleh berlaku akibat sebarang sentuhan genitalia pada hari penghasilan mukus sebelum ovulasi dan bagi masa tiga hari selepas KEMUNCAKNYA.

D: Pada titik amat subur mukus yang keluar memberi satu perasaan amat licin. Hari terakhir perasaan demikian dotandakan sebagai KEMUNCAK. Titik ini amat menghampiri masa ovulasi. Mukus berlutsinar dan memanjang boleh kelihatan sehari atau dua hari sebelum hari KEMUNCAK tetapi akan berhenti dan meningalkan kesan rasa licin. Bahagian Vulva Kembang.

E: Tiada perasaan basah atau licin selepas KEMUNCAK. Pada hari selepas KEMUNCAK, mukus berubah menjadi tidak jernih dan melekit atau berhenti sama sekali dan akan terasa kekeringan di vulva.Pada hari kedua dan ketiga, mukus turut tidak jernih serta melekit ataupun kering. Pensenyawaan boleh berlaku akibat sebarang sentuhan genitalia pada kesemua tiga hari selepas KEMUNCAK.

Tidak Subur

F: Jangkamasa di antara KEMUNCAK mukus dengan permulaan haid yang seterusnya adalah kira-kira dua minggu. Ketidaksuburan bermula lagi pada hari keempat selepas KEMUNCAK. Jika mukus terhasil selepas itu, biasanya mukus tersebut melekit dan legap. Benih tidak bernyawa. Sebelum menghampiri haid, mukus boleh menjadi cair.